GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul menggembirakan rakyat Malaysia apabila mereka merangkul gelaran beregu lelaki Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Pemain nombor 53 dunia itu, yang kembali selepas berpisah selama lima bulan, menewaskan pilihan ketujuh Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dari Taiwan 21-9, 21-10 dalam perlawanan akhir acara Super 300 di Iowa.
Sze Fei dan Izzuddin bertemu semula pada bulan lalu selepas berpisah pada Januari berikutan menyajikan keputusan buruk.
Kemenangan pasangan itu menamatkan penantian gelaran beregu lelaki Malaysia selama 31 tahun di Terbuka AS, yang kali terakhir dimenangi oleh Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang pada 1992.
ARTIKEL BERKAITAN : Terbuka AS : Din-Fei ke final pertama selepas ‘rujuk’