GOH Sze Fei dan Nur Izzudin mencipta kejutan apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia 2024 selepas mengejutkan rakan beregu senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Berdasarkannhead to head, jelas Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempunyai kelebihan dari segi ranking dunia, pengalaman yang digapai serta menang enam daripada tujuh pertemuan berdepan Sze Fei-Izzudin.

Namun itu, Sze Fei dan Izzudin tidak mengangkat bendera putih sebelum perlawanan dan mereka memberikan persembahan yang menakjubkan untuk mengalahkan bekas juara dunia itu.

Sze Fei-Izzudin berjaya memenangi perlawanan dengan set pertama 21-14 manakala set kedua pula Aaron Chia-Soh Wooi Yik cuba bangkit sebelum ditundukkan dengan keputusan 21-18.

Sze Fei-Izzudin akan menantikan pemenang di antara wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang dan pasangan Chinese Taipei, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan untuk perlawanan akhir esok.