AKSI final Piala FA 2024-25 yang dinantikan ramai peminat bola sepak tanah air berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kesukanan.

Perlawanan akhir yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil berjaya menarik perhatian ribuan penyokong kedua-dua pasukan, namun suasana kekal harmoni sepanjang acara.

Keamanan dan keharmonian yang tercipta sepanjang perlawanan ini adalah hasil daripada kawalan ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak keselamatan berjaya memastikan tiada sebarang insiden provokasi yang boleh mengganggu kelancaran acara.

Usaha bersepadu PDRM bersama pihak penganjur mendapat pujian daripada pelbagai pihak, terutamanya para penyokong yang menghargai langkah berjaga-jaga yang telah diambil untuk memastikan keselamatan mereka.

Penyokong kedua-dua pasukan turut menunjukkan contoh semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun di padang berlangsung persaingan sengit antara JDT dan Selangor FC, di luar padang penyokong masing-masing bersorak dengan penuh semangat tetapi dalam suasana yang aman.

Perpaduan yang ditonjolkan oleh penyokong dari Johor dan Selangor menggambarkan betapa bola sepak mampu menyatukan rakyat Malaysia walaupun berbeza pasukan.

Pihak penganjur juga berpuas hati dengan cara penyokong mematuhi peraturan dan arahan keselamatan yang ditetapkan, menjadikan perlawanan akhir ini sebagai contoh terbaik bagaimana semangat kesukanan dan keamanan dapat dipelihara dalam acara besar.

Dengan kejayaan ini, PDRM menerima pujian atas komitmen dan dedikasi mereka dalam mengawal suasana dan keadaan sepanjang perlawanan, sekali gus menjadikan final Piala FA 2024-25 sebagai satu lagi sejarah penting dalam arena bola sepak negara.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyokong Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC kerana berjaya mengekalkan semangat persahabatan serta kesukanan sepanjang acara ini berlangsung.