KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk urusan melibatkan Faisal Halim.

Katanya kepada FLASH SUKAN malam ini, pastinya, secara amnya, buat masa ini berdasarkan keputusan dibuat ia satu kehilangan kepada pasukan.

Sebaliknya, Cheng Hoe kini ingin mengalih fokus terhadap pasukan dalam mendepani baki saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia selepas ini.