TOKOH korporat ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua hari ini.

Laporan media tempatan menyebut, pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia jam 7.45 pagi di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham pernah bergelar pengerusi kelab MK Land FC dan kelab berkenaan bermain di dalam Liga FAM Malaysia 2003 dan menjadi naib juara.

Kelab itu kemudiannya dinaikkan ke Liga Premier Malaysia 2004 bersama dengan PKNS FC.

Antara pemain import yang pernah menyertai kelab ini ialah Ivan Ziga (Serbia), Marlon Alex James (St. Vincent & Grenadines) dan Bhaichung Bhutia (India).