GOL tandukan daripada awang import Korea Selatan, Seo Seunong pada penghujung masa permainan cukup mengecewakan Kedah Darul Aman FC untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini menerusi kemenangan agregat 4-3 meskipun tewas 2-1 pada pertemuan kedua Pusingan 16.
Bagaimanapun, pada pertembungan yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah terlebih dahulu mendapatkan jaringan semangat menerusi penalti yang disudahkan Manuel Hidalgo m-28.
Permainan kedua-dua pasukan selepas itu berlangsung rancak dengan tuan rumah dilihat menekan barisan pemain Perak bagi mencari gol kedua.
PIALA MALAYSIA 2023 (Pusingan 16-2)
FT: Kedah Darul Aman FC 2-1 Perak FC
⚽ Manuel Hidalgo (P) 28', Akmal Md Zahir 82'
⚽ Seo Seunong 85'*Perak FC layak ke suku akhir dengan aggregat 4-3#PialaMalaysia2023#pulunkedahpulun #KejoryobKejor pic.twitter.com/PEafjJJqu1
— Flash Sukan (@FlashSukan) August 18, 2023
Peluang Sang Kenari untuk menyamakan kedudukan agregat terbuka luas apabila Khairul Asyraf dilayangkan kad merah pada m-54.
Kesempatan ini diambil Akmal Zahir untuk memberikan sinar harapan kepada Kedah bagi merintis peluang mengheret ke masa tambahan selepas melepaskan sepakan bebas m-82.
Namun, Seonung yang tampil memakai pelindung muka sepanjang permainan berjaya menanduk masuk gol klinikal yang membawa skuad Perak dan Yusri Che Lah mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2023.