JARINGAN Raphinha dan Robert Lewandowski membantu Barcelona mendahului lapan mata di puncak LaLiga dengan kemenangan 2-1 di Real Betis pada awal pagi Khamis.
Pasukan Catalan itu memberi tekanan kepada Real Madrid ditempat kedua, yang melayan kunjungan Valencia pada pagi Jumaat nanti dengan memastikan kemenangan tipis ditempat lawan.
Ketiadaan pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele yang cedera untuk beberapa minggu, Raphinha merebut peluangnya untuk membuktikan dirinya.
Prestasi hebat Dembele telah mengehadkan minit pemain Brazil itu sejak berpindah dari Leeds United pada musim panas lalu.
Raphinha meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-65 dan Lewandowski yang kembali selepas digantung tiga perlawanan liga, menjaringkan gol kedua ketika berbaki 10 minit.
Jules Kounde menjaringkan gol sendiri untuk memberi Betis peluang merapatkan kedudukan namun Barcelona bertahan untuk menang.
Barcelona kini berada dilandasan terbaik dalam separuh pertama kempen liga mereka dengan kemenangan yang menyasarkan untuk memenangi gelaran buat kali pertama sejak 2019.