MASIH banyak masa dan ruang untuk Lee Zii Jia memperbaiki kelemahan dalam misi merangkul pingat emas Sukan Olimpik pertama negara, selepas tersingkir di pusingan pertama kejohanan jelajah dunia kali keempat berturut-turut.

Selepas Terbuka Singapura berstatus Super750, Terbuka Indonesia (Super1,000), Terbuka Korea (Super500), kini Zii Jia kandas di Terbuka Jepun (Super750).

Pada awal Januari lalu, pemain profesional negara itu turut kandas di pusingan pertama Terbuka Malaysia (Super1,000).

Masih terlalu awal untuk tentukan peluang Olimpik Paris buat Lee Zii Jia.

Selain itu, Zii Jia turut kandas di pusingan kedua ketika menyertai empat kejohanan, Terbuka India (Super750),Indonesia Masters (Super500), Terbuka Jerman (Super300) dan Malaysia Masters (Super500).

Terdahulu, Zee Jia tewas buat kali kedua kepada Kenta Nishimoto dari Jepun, apabila tunduk 22-20, 17-21, 19-21.

Kali pertama pemain negara itu tewas kepada Nishimoto, pada acara berpasukan Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Lee Zii Jia masih kekalkan momentum yang sama.

Selepas itu, jaguh negara itu menang lima pertemuan berturut-turut di di Malaysia Masters, Terbuka New Zealand dan Kejohanan Dunia (2019) serta Seluruh England 2022 dan 2023.

Dalam pada itu, Ng Tze Yong berjaya membalas kekalahan di suku akhir Terbuka Korea minggu lalu, apabila menewaskan bekas juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, 21-16, 21-17 di pusingan pertama.

Kemenangan itu membolehkan Tze Yong mendahului rekod pertemuan antara kedua-dua pemain dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan.

“Hari ini saya bermain dengan berani terutamanya selepas kecewa kehilangan beberapa mata awal.

“Seboleh-bolehnya saya mahu ke Olimpik, tetapi ia bukanlah mudah namun saya tetap akan berjuang,” kata Tze Yong.