PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan usahanya dalam memperkasakan bola sepak wanita dengan melangsungkan FAM Regional Women’s Football Festivalnya yang ketiga, kini di zon Sabah.

Menurut kenyataan Facebook FAM, kejohanan yang menyaksikan lapan pasukan beraksi di Padang SAFA, Kota Kinabalu itu, Tenom FC telah dijulang sebagai juara bagi zon Sabah FAM Regional Women’s Football manakala Je Ly Ni FC telah dinobatkan sebagai naib juara.

Kejohanan itu turut menyaksikan kejayaan SSMS merangkul tempat ketiga.

Lapan pasukan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A yang terdiri daripada Kid KB FC, KB FC, Je Ly Ni FC dan TABS FC serta kumpulan B yang terdiri daripada TABA FC, SSMS, Tenom FC dan Keningau FC.

Turut hadir pada festival berkenaan adalah Ketua Jurulatih Malayan Tigress merangkap Ketua Unit Bolasepak Wanita FAM, Soleen Al-Zoubi, Ketua Unit Akar Umbi FAM, Cameron Leon Ng serta Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), David Wilsom dan Ketua Jurulatih Bola Sepak Wanita Sabah, Justin Ganai.

Festival FAM Regional Women’s Football ini akan diteruskan lagi di dua lagi zon iaitu zon selatan serta Sarawak Februari ini.