PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, menewaskan Christo Popov dari Perancis dalam pusingan pertama Terbuka Arctic hari ini.
Pemain No. 4 dunia itu mengatasi pemain Perancis yang berada di kedudukan ke-27 dunia dengan kemenangan 21-15, 21-11 dalam masa 43 minit di Vantaan Energy Arena, Vantaa, Finland.
Kemenangan ini menyaksikan Zii Jia berjaya menghapuskan ‘badi’ pusingan pertama yang menghantuinya dalam beberapa kejohanan terbaharu – Terbuka China dan Terbuka Jepun.
Menanti pemain kelahiran Kedah itu sama ada pemain China, Lei Lan Xi atau wakil Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua, esok.