LIMA wakil negara akan tampil pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Terbuka India 2023 yang berlangsung pada Selasa.
Terbuka India merupakan kejohanan peringkat Super 750 akan bermula di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi, pada pukul 10 pagi waktu tempatan atau 12.30 tengah hari waktu Malaysia.
Goh Jin Wei akan tampil dahulu seperti yang dijadualkan dengan bertemu pemain pilihan Thailand, Ratchanok Intanon dalam acara wanita perseorangan.
Manakala dua pasangan beregu wanita dan lelaki turut beraksi.
Vivian Hoo-Lim Chiew Sien akan menentang Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan dari China. Selepas itu, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani akan berentap pasangan China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang.
Wakil negara lain yang belum muncul hari ini, iaitu perseorangan lelaki Lee Zii Jia akan bertanding esok bertemu Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.