PERSEORANGAN lelaki nombor dua dunia, Lee Zii Jia kandas pada pusingan kedua badminton Terbuka India selepas kalah di tangan Li Shifeng dari China di New Delhi pada Khamis
Zii Jia tewas 21-11, 14-21, 21-18 dalam masa 64 minit, kali kedua berturut-turut pemain negara gagal melepasi pusingan awal.
Terdahulu, Zii Jia tumbang kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pertama Terbuka Malaysia awal bulan ini.
RESULTS: #IndiaOpen2023
R16#CHN🇨🇳 Li Shi Feng def. #MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(2) 21-11 14-21 21-18
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/hdl1ZKd7bT— BAM (@BA_Malaysia) January 19, 2023