JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2022 selepas menyingkirkan bintang Singapura Loh Kean Yew pada Jumaat.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan Jakarta, Zii Jia dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-18, 16-21, 22-20 dalam tempoh 65 minit.

 

Mengikut langkah Zii Jia ke separuh akhir adalah beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan 14-21, 21-12, 22-20.

Manakala beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, 16-21,19-21.

Turut tewas dalam aksi beregu campuran melibatkan Chen Tang Jie-Valeree Siow ketika aksi bertemu gandingan pilihan keempat dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dengan keputusan 12-21,14-21.