BEREGU lelaki ranking ke – 6 dunia,  Aaron Chia-Soh Wooi Yik mudah menumpaskan lawan dari Jepun, Akira Koga – T Saito dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena para Rabu,

Jelas Aaron, dia berkata misi balas dendam terlakar setelah mereka berjaya fokus sepanjang perlawanan menentang pasangan dari Jepun itu.

“Saya rasa game hari ini kita lebih fokus dengan diri sendiri, buat apa yang kita kena buat. Kita sudah bincang macam mana, misi balas dendam yang bagus lah,” katanya selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Wooi Yik menjelaskan Wei Chong ada menasihatinya tentang keadaan angin yang kuat dan perlu untuk cepat menyesuaikan diri.

“Saya rasa sebab Wei Chong satu bilik dengan saya, so semalam dia ada bagi nasihat pada sayalah. Angin memang agak lain. Itu angin memang cepatlah, tapi gameplay kita memang camni. Kita akan sesuaikan dengan keadaan sebegini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Zii Jia mengakui kini dia lebih tenang menghadapi tekanan dari pihak lawan, lebih-lebih lagi apabila bermain di laman sendiri.

“Saya boleh cakap sekarang saya lebih tenang dan matanga untuk menghadapi tekanan. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan  penyokong sendiri, kita mesti lebih bijak menyerap tekanan,” jelasnya selepas mencatat kemenangan ke atas pemain Ireland Nhat Nguyen, 21-15, 21-11.