PEMAIN perseorangan lelaki negara, Liew Daren tewas 14-21 kepada pemain India H. S Prannoy.

Meskipun jauh ditinggalkan pada set kedua namun dia berjaya bangkit  sekaligus menang 21-17.

Set ketiga pula Darren terus memberikan tentangan yang sengit namun faktor usia dan kecergasan memisahkan antara kedua-dua pemain itu menyaksikan dia terpaksa akur tewas 18-21.

Pasangan Chong- Wun Tee tewas kepada pasangan India Rankireddy-Shetty Chirag.

Sementara itu, nasib malang terus menghantui kem beregu lelaki negara apabila Man Wei Chong-Kai Wun Tee tewas straight set kepada pasangan India Rankireddy-Shetty Chirag 18-21 11-21.

Bagaimanapun, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin kembali menceriakan kem negara dengan kemenangan terakhir perlawanan 21-12 21-12 sekaligus melengkapkan malam gemilang buat pasukan kebangsaan.