Foto kredit: BWF
PERSEORANGAN wanita ke-8 dunia, Ratchanok Intanon menjelaskan punca kemenangannya menentang Sim Yu Jin adalah disebabkan ketenangan yang dimilikinya.
“Saya cuba lebih tenang dan jurulatih memberitahu apabila anda gembira anda kena teruskan tenang,” jelasnya kepada media.
Bagaimanapun, dia berkata faktor angin agak menjejaskan tempo dan rentak permainannya ketika menentang pemain Korea itu.
Rachanok mahu bermain dengan baik dan mencuba untuk merangkul dua atau tiga gelaran sepanjang tahun ini.
“Ia agak sukar dengan keadaan angin, dan saya tahu dia juga ada masalah yang sama. Kalau saya kalah pun, saya cuba untuk kalah dengan jumlah yang rapat.
“Saya hanya mahu bermain dengan baik. Memenangi dua atau tiga kejohanan adalah sudah baik bagi saya,” ujarnya.
Terdahulu, ratu Thailand itu berhempas pulas sebelum menang rubber set 24-26 21-4 22-20 ke atas Sim Yu Jin dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.