KEBIMBANGAN mengenai status kecederaan Pearly Tan sebelum menuju ke saingan Eropah nampaknya sudah tidak berbangkit lagi, apabila pemain itu mempameran kelincahan di atas gelanggang.
Membuka saingan Terbuka Perancis pada Selasa, lawan Pearly-M.Tinaah bukan calang-calang iaitu jagoan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.
Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua gandingan dilihat seimbang apabila masing-masing memenagi satu perlawanan namun pertemuan terakhir di Malaysia Masters, milik gandingan negara.
Perlawanan berlangsung sengit pada set pertama namnun dimenangi Pearly-Tinaah 22-20 sebelum gandingan Indonesia memenangi set kedua dengan mata 21-19.
Begitupun, aksi berbeza dipamer Pearly-Tinaah pada set penentuan menyaksikan mereka menguasai permainan dengan kemenangan selesa 21-7.
Berdasarkan pengamatan pada perlawanan itu, Pearly sudah kembali ke tahap kecergasan sebenar malah gandingan itu lebih baik apabila Tinaah kelihatan lebih berani dan bijak bermain di jaring.
Pasangan negara akan berdepan cabaran satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi di pusingan kedua nanti.
Sementara itu, dua kekalahan berturut-turut di pusingan pertama Terbuka Denmark dan kini Terbuka Perancis, pasti merundumkan lagi semangat serta keyakinan gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See.
Berdepan gandingan Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo, Peng Soon-Liu Ying bermain baik apabila saling mengejar di set pertama sebelum tunduk 18-21.
Pada set kedua juga seakan skrip yang sama.
Kedua-dua pemain negara dilihat kurang bervariasi, tewas 17-12.