GANDINGAN beregu campuran berpengalaman, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing hampir disingkir seawal pusingan pertama Terbuka Perancis selepas mudah menyerahkan set pertama kepada lawan dari China pada Selasa.
Pasangan negara yang diletakkan selaku pilihan kelapan itu tewas set pertama 8-21 kepada gandingan Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian, sebelum berhempas pulas merampas set kedua 22-20.
Memegang status pilihan sememangnya tidak semudah tentangan yang diberi, apabila gandingan professional negara itu saling bergilir-gilir mendahului sebelum mereka mencapai kemenangan 24-22.
Kemenangan itu membolehkan mereka mara ke pusingan kedua sama ada gandingan negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See atau pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo yang berlum beraksi.