GANDINGAN harapan negara Pearly Tan-M Thinaah berjaya lolos ke final Terbuka Perancis, selepas beraksi cemerlang di peringkat separuh akhir pada Sabtu.
Gandingan muda negara itu tiada masalah mengatasi pasangan Korea Selatan 21-13, 21-17, untuk melakar sejarah menjadi beregu Wanita kedua negara beraksi di final Terbuka Perancis.
Kali terakhir gandingan negara beraksi di final Terbuka Perancis pada 2008 ketika Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul naib juara kejohanan.
Pada perlawanan akhir pada Ahad, Pearly-Thinaah akan berdepan pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, yang mengatasi rakan senegaranyna, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-14, 25-23.
Perlawanan akhir tersebut dijangka sengit dan gandingan yang lebih berani dan yakin akan memenangi perlawanan, kerana kedua-dua gandingan belum pernah bertemu di pentas antarabangsa.