MASIH terlalu awal untuk berasa selesa, Aaron Chia anggap kemenangan di pusingan pertama tidak memberikan sebarang kelebihan buatnya dan gandingan, Soh Wooi Yik kerana perjalanan di saingan Terbuka Singapura, masih panjang.
Begitupun, kemenangan dua set berturut-turut ke atas gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong di pusingan pertama semalam, memberikan satu kepuasan kerana gandingan negara itu, apabila menang 21-16, 21-17 dalam masa 37 minit.
“Saya puas dengan prestasi hari ini… tapi seperti saya sentiasa nyatakan, kerja belum habis lagi dan ini baru pusingan pertama.
“Kami perlu kekal fokus dan melakukan persiapan lebih baik untuk pusingan seterusnya,” kata Aaron.
Singapore Open 2023
MD – R32
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇨🇳HE Ji Ting
16 17 🇨🇳ZHOU Hao Dong🕚 in 37 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 6, 2023
Kemenangan ke atas Ji Ting-Hao Dong itu menjadikan rekod pertemuan memihak kepada pemain negara 2-1.
Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia, pernah menang ke atas gandingan 14 dunia China itu, pada Kejohanan Badminton Asia 2022, namun tewas di Indonesia Masters 2023, dan kini membalas kembali kekalahan itu.
“Dalam pada itu, Wooi Yik berkata: “Saya dan Aaron bermain lebih baik kali ini berbanding mereka (pasangan China), kami bermain lebih agresif berbanding di Malaysia Masters, mungkin sebelum ini kami ragu-ragu tapi di sini kondisi kami lebih baik dan lebih bersedia dari segi prestasi.”
Di pusingan kedua esok, gandingan itu akan berdepan satu lagi pesaing yang liat untuk ditewaskan, iaitu pasangan meningkat naik dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Gandingan Indonesia itu baharu sahaja mengatasi beregu berpengalaman Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin 21-18, 21-19.
“Kami belum pernah berdepan pasangan Indonesia ini, kami melihat permainan mereka dan akan berbincang dengan jurulatih bagi mendapatkan corak permainan bagaimana untuk menghadapi mereka,” kata Aaron.
Singapore Open 2023
MD – R32
🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅
21 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅
LEE Yang
18 19 WANG Chi-Lin🕚 in 35 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2023
Shohibul-Bagas yang berada di ranking ke-13 dunia, masih segar dengan status naib juara Terbuka Thailand hujung minggu lalu, menunjukkan prestasi memberangsangkan tahun ini apabila turut muncul naib juara di Orleans Masters, Perancis (April), suku akhir Terbuka Switzerland (Mac), suku akhir Seluruh England (Mac), separuh akhir Thailand Masters (Februari) dan suku akhir Indonesia Masters (Januari).
Namun prestasi Aaron-Wooi Yik tidak kurang hebatnya tahun ini, setelah mara ke suku akhir Malaysia Masters, suku akhir Indonesia Masters (Januari) dan naib juara Terbuka India (Januari).