PUSINGAN kedua Terbuka Taipei 2022 bermula baik buat gandingan beregu negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei apabila menumpaskan pasangan tuan rumah, Lee Jhe Hui-Hsu Ya Ching dalam pertarungan rubber set.

Set pertama jelas dikuasai pasangan dari Chinese Taipei dengan berjaya membaca semua hantaran yang dibuat gandingan negara lantas menang 23-21.

Bagaimanapun, pasangan negara kembali menemui rentak pada set kedua dengan kemenangan 23-21 menewaskan gandingan Taipei.

 

Pada set penetuan jelas dikawal gandingan negara dengan kemenangan mudah 21-14 sekaligus menempah slot ke suku akhir.

Dalam pada itu, harapan ratu perseorangan negara, Goh Jin Wei turut bermula langkah kanan apabila mudah menundukkan pemain Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi  dengan kemenangan straight set 21-11, 21-17.

 

Kemenangan tersebut meletakkan gandingan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei bakal membuat perhitungan dengan pasangan India, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto manakala ratu wanita negara, Goh Jin Wei akan berdepan pemain Jepun, Saena Kawakami dalam aksi suku akhir esok.