LIGA Bolasepak Amatur (AFL) menjalin Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Flash Sukan dan MakanBola sebagai Media Rasmi Liga A1 Semi Pro 2024/25.
Jalinan kerjasama strategik ini diumumkan sendiri oleh AFL pada satu majlis di Putrajaya pada Rabu.
Menurut Pengerusi AFL, Datuk Yusoff Mahadi, kerjasama ini diperlukan dalam memastikan perkembangan liga itu dapat diperluaskan lagi ke setiap penjuru negara.
“Selepas kita dah dah melakukan satu penjenamaan semula pada beberapa bulan lepas, Alhamdulilah sekarang ini orang ramai dah mula bercakap mengenai liga ini.
“Kita perlukan media untuk melakukan liputan terhadap liga ini supaya Liga A1 Semi Pro ini dapat berkembang lagi pada masa hadapan.
“Saya berterima kasih kepada Flash Sukan dan Makan Bola kerana sudi untuk bekerjasama untuk menjadi media rasmi bagi musim 2024/2025 ini,” katanya dalam majlis itu.
Teruskan bersama kami untuk perkembangan terkini dan kisah-kisah menarik sepanjang liga semi pro ini berlangsung.