KETUA Jurulatih Skuad Selangor FC, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sentiasa menyokong perjalanan kariernya ketika bersama pasukan kebangsaan.
Jelasnya, selepas membimbing skuad kebangsaan, dia turut mendapat perkenan TMJ ketika membimbing kelab lain pada ketika itu.
Selain Selangor FC, Cheng Hoe juga dilihat memiliki hubungan akrab dengan pemilik Johor Darul Ta’zim itu apabila sering mendapatkan nasihat dan motivasi dari TMJ.
“Dengan TMJ ini, saya patut berterima kasih kepada baginda kerana selama saya bersama dengan pasukan kebangsaan, banyak motivasi, banyak sokongan diberikan kepada saya.
“Sudah tentu, saya bukan berbincang dengan TMJ, tetapi saya rasa selepas dengan pasukan kebangsaan.
“Saya dapatkan nasihat baginda juga, bukan ketika membimbing Selangor sahaja tetapi semua pasukan,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Padang SUK, Shah Alam.