TERENGGANU FC (TFC) II berjaya menghalang Kelantan FC meraih tiga mata penuh apabila seri 2-2 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi.
Tuan rumah bermula garang dengan membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Nurshamil Abd Ghani sebelum menggandakan kedudukan tujuh minit berselang hasil gol Dzulfahmi Abdul Hadi.
Bagaimanapun, TFC bingkas bangkit memadamkan kelebihan awal Kelantan menerusi ledakan dua gol Wan Fazli Wan Ghazali (33′, 39′) untuk kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi mata.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LP16#LigaPremier2022 pic.twitter.com/HgyfUHmsPQ
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) August 21, 2022
Kegagalan Kelantan mendapatkan kemenangan kembali membuka ruang pasukan tangga kedua, Johor Darul Ta’zim II cuba merapati untuk perebutan gelaran seandainya menewaskan PDRM FC malam ini.