BEKAS pemain kelab Al-Shabab yang beraksi dalam Liga Profesional Kuwait, James Okwuosa sah menyertai ahli keluarga Sang Saka Biru mengharungi saingan Liga Super musim 2023.

Okwuosa yang merupakan pemain kelahiran Nigeria bakal memperkukuhkan benteng tengah pasukan untuk berdepan jentera serangan lawan.

Bek tengah berusia 32 tahun itu juga pernah mewakili Nigeria sebanyak tiga kali dan dilihat sesuai beraksi dalam saingan Liga Malaysia yang pastinya berdepan dengan kabarén ketahanan fizikal.

Selain Al-Shabab, Okwuosa juga pernah beraksi untuk Qadsia SC, Chippa United dan Orlando Pirates.

Memulakan karier bola sepak profesional bersama kelab Lobi Star (Nigeria) pada 2009 hingga 2010, Okwuosa melebarkan peranannya dengan menyertai Enugu Rangers (2010-2012) dan Chipa United (2012-2019).

Pemain yang memiliki ketinggian 1.93 meter ini kemudiannya menyertai Qadsia FC untuk tempoh 2019-2021 sebelum kelab terakhirnya adalah Al-Shabab.

PDRM FC dilihat serius mempersiapkan diri mengharungi saingan Liga Super musim ini menerusi beberapa kehadiran muka baharu selain perlawanan persahabatan yang diadakan.