SEMUA program pembangunan atlet kebangsan dijangka dikekalkan meskipun kepemimpinan di Kementerian Belia dan Sukan bertukar.
Perkara tersebut disahkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, namun dia menegaskan semuanya bergantung kepada bajet.
“Saya tidak mahu membuat sebarang perubahan drastik, dalam masa sama saya tidak boleh katakan semua (program) akan kekal, kerana bajet belum diluluskan di Parlimen,” kata Hannah, ditemui ketika hadir merasmikan Mesyuarat Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia(MOM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Hannah memberi respon itu selepas disoal mengenai program-program pembangunan sedia ada, sama ada mahu dikekalkan atau dihentikan.
Ditanya mengenai kemungkinan nama program sedia ada akan ditukar selepas kejaraan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan, Hannah berkata, “The name is not important, most important is our athletes are successful.”
Tambah Hannah, dia tidak mahu mengganggu persiapan atlet untuk mengadapi kejohanan dan temasya.
Jelas Hannah, dia telah mengadakan sesi perjumpaan bersama atlet dan sepanjang minggu ini, adalah sesi bertemu persatuan sukan kebangsaan untu mendapatkan lebih banyak maklumat.
“Hari ini, akan ada pembentangan bajet untuk tahun hadapan. Saya harap KBS menerima bajet mencukupi untuk tujuan pembangunan sukan.
“Kita jangka bajet ini akan selesai pada penghujung Disember,” katanya.