LIVERPOOL amat menghormati skuad AC Milan namun kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak akan gentar apabila kedua-dua gergasi Eropah itu bertemu dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara di San Siro, kata pengendali kelab berkenaan, Arne Slot.
Ketika Liverpool berada dalam proses peralihan dari era Juergen Klopp selepas memulakan musim dengan tiga kemenangan liga tanpa bolos, mereka kini berusaha turut untuk ‘melupakan’ kekalahan 1-0 di tangan Nottingham Forest, Sabtu lalu.
Mereka kini sedang memburu gelaran ketujuh di pentas Eropah namun perjalanan Liverpool tampak sedikit berliku apabila bertemu juara tujuh kali, Milan.
Skuad dari Itali itu tidak berada di tahap prestasi terbaik mereka dalam saingan Serie A dan berada di pertengahan carta liga dengan lima mata dari empat perlawanan. Namun begitu, skuad kendalian Paulo Fonseca tidak seharusnya dipandang mudah.
AC Milan v Liverpool ✨
A fixture full of European history 🎞️ pic.twitter.com/FWWEJmYqVB
— Liverpool FC (@LFC) September 16, 2024
“Saya tidak fikir setiap pengurus gentar untuk bermain dengan pasukan lain tetapi kami sangat menghormati AC Milan,” kata Slot menjelang pertemuan awal pagi esok.
“Gentar bukan perkataan yang biasa kami guna. Kami lebih banyak menghormati.”
Pemain baharu Liverpool, Federico Chiesa dijangka hampir pasti tidak diturunkan dan Slot dalam pada itu turut memuji penyerang berusia 26 tahun dari Itali itu.
Chiesa belum berpeluang beraksi bersama kelab sejak menyertai pasukan dari Juventus.
“Kenapa kami membawanya… saya membawa masuk pemain berkualiti dan saya percaya dia pun begitu. Menggabungkan kualiti dengan kadar kerja dan budaya kelab ini, pasukan ini dan dia membawa kombinasi ini,” kata Slot.
"It's a big game – one to look forward to." 🙌
Arne Slot has previewed #ACMLIV ahead of tomorrow's Champions League fixture at the San Siro 💬
— Liverpool FC (@LFC) September 16, 2024
“Dia bersama pasukan dan sejak saya berkata, ini adalah kali pertama dia berada di sini, ia mungkin satu kejutan sekiranya dia diturunkan esok… tetapi dia akan beraksi dalam tempoh beberapa minit sekiranya kami memerlukannya.
“Dia memperoleh masa latihan dan terlalu awal untuk bermain 90 minit tetapi harap dapat diturunkan untuk beberapa minit pada perlawanan akan datang.”
Dalam pada itu, penjaga gol Liverpool dari Brazil, Alisson Becker teruja untuk bermain dalam saingan Liga Juara-Juara apabila kelab kembali menyertai kejohanan selepas tidak menyertainya selama semusim.
“Bayangkan yang sesuatu yang kamu ingin lakukan dan kemudian kamu tidak dapat melakukannya selama setahun, jadi bagaimana perasaannya. Itulah yang kami rasakan,” kata Alisson.