PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, jelas kecewa dengan tindakan mereka yang tidak mempunyai kejayaan dalam bola sepak mempertikaikan apa yang beliau sering katakan sejak JDT ditubuhkan pada 2013.
Berkongsi lagi pandangannya di Twitter rasmi JohorSouthernTigers, Tunku Ismail menjelaskan bahawa dari 2013 semua benda yang dikatakanya berkenaan dengan pencapaian JDT dan masalah bola sepak tanah air, pemain-pemain, kemudahan dan pembangunan bola sepak semua dipertikaikan oleh orang-orang yang tiada pencapaian dalam industri bola sepak.
Since 2013, everything I have said about JDT’s achievements, and the problems with local football, players, facilities and football development were all disputed by those without achievements in the football industry.
[1/2] pic.twitter.com/vPtmh4tVwe
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 22, 2022
Perkara ini dikongsi selepas beberapa jam skuad Bawah 23 Tahun negara tewas kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.
Mengikut rekod, TMJ banyak membantu menyelesaikan masalah yang melanda bola sepak tempatan terutamanya masalah pembayaran gaji dan juga kebajikan pemain.
Beberapa hari lalu JDT telah memanggil semula penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad dari tempoh pinjamannya di Kedah Darul Aman FC (KDA) selepas Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat mengkritik keputusan pengadil terhadap layanan ke atas JDT.