PEMAIN pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar mendedahkan tiada masalah atau isu komunikasi yang tercetus antara jurulatih dan juga pemain skuad Gergasi Merah.

Ia susulan prestasi hambar yang dipamerkan pasukan Selangor FC secara keseluruhan bawah kendalian jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner.

Biarpun begitu, secara individu Sharul Nazeem mempamerkan corak pertahanan yang baik dan meyakinkan buat pasukan Gergasi Merah.

“Bagi saya, tiada masalah antara jurulatih dan pemain. Kita tak boleh nak salahkan jurulatih dan pemain. Mungkin ada halangan sikit. Kita kena perbaiki untuk perlawanan seterusnya,” kongsinya kepada FLASH SUKAN.

Michael Feichtenbeiner.

Sementara itu, Sharul turut meluahkan keyakinannya bahawa Selangor FC mampu mara ke perlawanan akhir Piala FA bertemu Terengganu FC di Stadium Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.

“Semestinya telah bersedia sebab selangkah sahaja ke final. Saya pun ingin mencari pengalaman dan mengambil pengajaran kekalahan hari ini.

“Saya yakin kita akan ke final. Bagi saya bola itu bulat, ap-apa boleh jadi dalam bola sepak. Kita kena berjuang sampai 90 minit perlawanan,” tambahnya.