PDRM FC berjaya meraih kemenangan penting walaupun pada 15 minit pertama ketinggalan namun kembali bangkit mengekalkan kedudukan walaupun menerima tekanan hebat daripada pihak lawan.

Menurut pengendalinya, P Maniam prestasi ini bukan sahaja membuktikan kebijaksanaan taktikal mereka, tetapi juga menonjolkan keupayaan mereka untuk bertahan dan memperbaiki permainan, baik dari segi pertahanan mahupun serangan.

Menariknya, jaringan berganda Ifedayo Olusegan dan Bruno Suzuki meletakkan kembali The Cops kembali bernafas dan mendapatkan impian dicari-cari pada saingan awal Liga Super 2024-25.

Ia susulan permulaan tempang anak buah Maniam yang dikejutkan kekalahan pertama liga kepada Kedah Darul Aman FC semasa aksi pembukaan minggu lepas.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text

Ifedayo dengan gaya tersendiri meraikan jaringan.

“Ini bukan tentang persembahan individu, ini tentang kebersamaan. Kemenangan ini adalah hasil usaha bersama dan sokongan dari pengurusan yang telah memberi motivasi kepada pemain sebelum perlawanan. Ini adalah arah yang betul yang kita tuju,” katanya selepas perlawanan.

Maniam yang juga bekas pemain Selangor pada era 1990-an, memiliki lesen Pro Diploma Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu lesen kejurulatihan tertinggi Asia setaraf lesen Pro Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menyampaikan penghargaan kepada para pemain atas dedikasi dan kerja keras mereka yang menjadi faktor utama dalam mendapatkan tiga mata.

May be an image of 1 person, playing American football, playing football and text that says "LIGA MA MFL Sagm: seau LIGA/ MFL XOX Grab CHEETAH B/G CHEETAH GOBoX LIGA/A unifi MFL XOX Bubbles MFL KOT LIGA/A RPAK Symphom XOX MFL XOX CHEETAH X B/G goBo ZUS CHEETAH PXS malaysua PER mabaysa LIGAM Symphony Grab 19 MFL MFL MFL XOX Grab CHEETAH CHEETAH ન LIGA/A ΧΟχ gaeox PAas MFL LIGA/ unif CHEETAH B/G MFL XOX MFL GaNDos FOOTSALL mabysa X KCDI MSN Symphony unifi LIC Bubblos THE BOSGA US MFL XOX Grab XOX 2 MFL LIGA/A malaysia Risen MFL TYAY HEETAH FLASH FL n SUKAN KPPD noMaHoR BERITA X PXS pAAATИR Grab Xox"

Maniam menjawab pertanyaan pihak media di Stadium Perak.

Ketika mereka bersiap untuk perlawanan seterusnya berdepan Penang FC, fokus tetap kepada memperhalusi strategi dan meneruskan momentum kemenangan.

“Kami akan bersiap sedia dengan teliti untuk perlawanan-perlawanan akan datang dan berusaha untuk terus memperbaiki permainan dari segi pertahanan dan serangan,” ujarnya lagi.

Sambil mengakui usaha anak buahnya, Maniam tidak lupa memuji prestasi Perak FC di bawah kendalian jurulatih mereka yang dibimbing oleh Yusri Che Lah.

“Perak bermain dengan baik, terutamanya pada separuh masa pertama di mana mereka mendominasi penguasaan bola dan melancarkan beberapa serangan balas. Namun, kami berjaya bertahan dan akhirnya meraih kemenangan,” katanya.

May be an image of 4 people, people playing American football, people playing football and text

Bruno (kanan) mencetuskan jaringan sensasi hasil gerakan serangan balas PDRM.

Kejayaan sulung ini menandakan pencapaian penting bagi PDRM FC, menunjukkan potensi dan keazaman mereka untuk berjaya dalam liga.

Dengan semangat kesatuan yang kuat dan arah yang jelas, pasukan ini bersedia untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa depan menanti kunjungan pasukan dari utara tanah air, Penang FC di Selayang 25 Mei ini.

Kemudian, 13 Jun depan mereka akan melayan kunjungan Malaysia University pada pertembungan pusingan kedua Piala FA di halaman sendiri.