SELEPAS kekalahan mengecewakan 3-1 kepada Terengganu FC dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2024/25, Perak FC kini memfokuskan kepada perlawanan seterusnya dengan tekad untuk meraih tiga mata penuh.

Ketua jurulatih, Yusri Che Lah, menegaskan bahawa pasukannya berazam untuk bangkit ketika menentang PDRM FC di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.

Menurutnya, para pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kekalahan tersebut akan menjadi pengajaran berharga untuk memperbaiki kelemahan dan memperkuatkan strategi pasukan.

“Saya faham peminat tak suka keadaan macam ini (minggu lepas). Kita tewas, semua pemain merasa sedemikian. Kita akan bounce back untuk terus mendapatkan tiga mata berdepan PDRM,” katanya.

Terdapat penyokong The Bos Gaurus hadir di stadium lawan dengan harapan tinggi untuk melihat pasukan kesayangan mereka memulakan musim dengan kemenangan.

Namun, kekalahan ini tidak mematahkan semangat mereka. Penyokong setia Perak FC kini digesa terus memberikan sokongan padu kepada pasukan bagi mencari rentak kembali ke landasan kemenangan pertama awal musim.

May be an image of ‎crowd and ‎text that says "‎XOX|f د‎"‎‎

Penyokong Perak sentiasa berdiri teguh dibelakang pasukan.

“Kita perlukan sokongan daripada semua penyokong. Kehadiran dan sorakan mereka adalah suntikan semangat buat para pemain. Saya percaya dengan sokongan penuh, kita mampu mencapai keputusan yang positif dan mendapatkan tiga mata yang sangat penting ini,” tambah Yusri.