KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan hukuman berhubung kekecohan pada perlawanan akhir Sukan SEA 2023. Tiga pemain Indonesia didapati bersalah dan berdepan hukuman berat.
Final bola sepak Sukan SEA 2023 mempertemukan Indonesia menentang Thailand di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Kemboja pada 16 May 2023.
Garuda Muda menang 5-2, dalam perlawanan yang berlangsung selama 120 minit dan penuh dengan drama.
Terdapat dua insiden kekecohan antara kedua-dua pasukan menjelang tamat masa biasa dan pada separuh masa pertama masa tambahan. Komang Teguh dari Indonesia turut dilayangkan kad merah dan tiga pemain Thailand turut menerima kad merah.
Insiden itu terus disiasat oleh AFC. Hukuman lanjut untuk pemain dan pegawai pasukan yang terlibat dalam pergaduhan juga dikeluarkan pada 11 Julai 2023.
🚨The Asian Football Confederation (AFC) has announced the penalty after the riot between Indonesia and Thailand at the SEA Games 2023
👉According to the list of fines there are:
🇮🇩 Indonesia : 3 players + 4 officials, coach
🇹🇭 Thailand : 2 players +5 officials, coaches#afcw pic.twitter.com/bnvYcJYPvy— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 12, 2023
Dalam kenyataan AFC, Koman Teguh digantung enam perlawanan dan secara automatik satu perlawanan kerana dilayangkan kad merah. Koman Teguh juga didenda $1,000 mengikut Kod Tatatertib AFC.
Titan Agung juga dikenakan larangan enam perlawanan dan denda $1,000 kerana terlibat dalam pergaduhan. Taufany Muslihuddin menerima hukuman yang sedikit keras dengan terlepas enam perlawanan di peringkat kelab dan negara di bawah naungan FIFA dan AFC mengikut Perkara 51 Kod Etika dan Disiplin berserta denda sebanyak $10,000.
Beberapa pegawai pasukan kebangsaan Indonesia B-23 turut dihukum. Antaranya ialah Tegar Diokta dan penolong jurulatih Sahari Gulton.