SKUAD Harimau Malaya berada dalam kedudukan yang genting tetapi masih berpeluang layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon kini berada di tempat ketiga Kumpulan D dengan kutipan tujuh mata dan ketinggalan tiga mata di belakang Kyrgyzstan yang menghuni di posisi kedua.

Keputusan seri 1-1 di ibu kota Kyrgyzstan pada perlawanan kelima bermakna Malaysia masih mempunyai peluang.

Bagaimanapun, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri untuk layak ke pusingan ketiga.

May be an image of ‎3 people, people playing American football, people playing football and ‎text that says "‎22 פר OFES ၁ OF ES က fam.org.my f @FAMalaysiaOfficial O @FAMalaysia x @FAM_Malaysia @FAM_ I @FAMalaysia_‎"‎‎

Malaysia seri 1-1 dalam aksi kelima kumpulan dengan Kyrgyzstan.

Berikut adalah tiga syarat untuk Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026:

1. Oman menang ke atas Kyrgyzstan

Syarat ini tidak boleh dirunding kerana jika Kyrgyzstan mampu hanya memperoleh satu mata, mereka akan mengunci di tempat kedua dalam kedudukan Kumpulan D.

Dengan Oman menewaskan Kyrgyzstan, Malaysia masih berpeluang menyamai mata Kyrgyzstan pada penghujung fasa kumpulan.

2. Malaysia menang lawan Taiwan

Syarat kedua, Malaysia mesti menang menentang Chinese Taipei. Jika Harimau Malaya berjaya menewaskan Chinese Taipei, ditambah pula Oman menang ke atas Kyrgyzstan, Malaysia dan Kyrgyzstan secara automatik akan memperoleh mata yang sama pada penghujung fasa kumpulan, 10.

May be an image of ‎2 people, people playing American football, people playing football and ‎text that says "‎KPG Ce fam.org.my @FAMalaysiaOfficial O @FAMalaysia χ @FAM Malaysia @FAM_Malaysia ل @FAMalaysia_‎"‎‎

Sekurang-kurangnya lapan gol diperlukan anak buah Kim Pan-gon ketika berdepan Chinese Taipei Selasa ini.

3. Malaysia lebih unggul dalam perbezaan gol berbanding Kyrgyzstan

Kemenangan Malaysia ke atas Taiwan ditambah kekalahan Kyrgyzstan menentang Oman tidak cukup untuk memastikan Malaysia memperoleh tiket ke pusingan ketiga. Syarat lain ialah Malaysia mesti menang atas perbezaan jaringan ke atas Kyrgyzstan.

Malaysia kini mempunyai perbezaan gol -2, lapan gol di belakang Kyrgyzstan yang mempunyai perbezaan gol +6. Malaysia terpaksa menjaringkan lapan gol dalam perlawanan terakhir.

Contohnya, Kyrgyzstan tewas 0-1 kepada Oman. Ini bermakna Malaysia mesti menang dengan lapan gol supaya dapat mengatasi perbezaan gol Kyrgyzstan.