PENYOKONG setia Penang FC dan Perak FC boleh mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Jumaat.
Facebook Penang FC memaklumkan harga tiket adalah RM40 (berbumbung), RM20 (terbuka) dan RM10 (teres) bagi dewasa.
Manakala, bagi kanak-kanak ditetapkan ikut kategori iaitu RM20, RM10 dan RM5.
“Tiket fizikal boleh dibeli di MatSaleh Barber cawangan Batu Lanchang, MatSaleh Barber Bandar Perda dan KOPA Arena USM.
“Kaunter tiket juga akan dibuka pada hari perlawanan di Zon A dan C bermula jam 8.30 malam sehingga 10.45 malam,” menurut kenyataan itu.
Tiket juga boleh dibeli menerusi laman web www.tickethotline.com.my.
Berdasarkan kedudukan semasa liga, Harimau Kumbang berada pada kedudukan kedua tercorot tanpa sebarang kemenangan selepas beraksi lima permainan termasuk hatrik kalah tiga aksi terdahulu.
Sudah tentu, tiga mata sulung menjadi taruhan skuad Haria Penang Haria dalam usaha keluar daripada zon penyingkiran terutama tidak mahu mengecewakan harapan menggunung penyokong setia di halaman sendiri.