KEJOHANAN Badminton Terbuka Malaysia 2023 telah memasuki hari kedua, namun tempat duduk di Axiata Arena tidak dipenuhi dengan penonton.

Laporan media sebelum ini memetik Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh menyatakan tiket hampir habis terjual, namun hakikatnya hari ini dan semalam, kehadiran penyokong agak mengecewakan.

Kejohanan yang dinaikkan ke Super 1,000 dari Super 750 itu, bagaikan acara Grand Slam namun hakikat kehadiran penonton ke Axiata Arena, tidak begitu.

Jika hendak dibandingkan pada edisi tahun lalu, hampir semua tempat duduk penuh pada hari pertama kejohanan, namun sebaliknya taun ini?

Penganjuran tahun lalu, masih dibelenggu kebimbangan penyebaran wabak Covid-19, namun berjaya menarik kehadiran penonton yang tinggi, meskipun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), dengan kewajipan memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket Terbuka Malaysia mahal, janji berbaloi buat peminat

Terbuka Malaysia 2023: Tiket perlawanan mula dijual Isnin 

Apakah sebenarnya yang berlaku? Mengapakah sambutan kali ini agak kurang berbanding edisi lalu? Segala persoalan tersebut mungkin hanya dapat dijelaskan ‘Badminton Lovers’ sendiri.

Diharapkan, apabila perlawanan memasuki peringkat suku akhir Jumaat ini, kehadiran penonton akan meningkat.