PENGANJURAN kejohanan Badminton Terbuka Malaysia akan dipastikan memuaskan hati penonton, sekali gus berbaloi dengan harga tinggi tiket yang dibayar peminat.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata, badan induk badminton negara itu akan memastikan kejohanan pembuka tirai kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kali ini menghadirkan pengalaman berbeza kepada penonton yang hadir ke Axiata Arena.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh yakin yakin harga tiket bukan penghalang peminat banjiri Axiata Arena

“Kejohanan kali ini dinaikkan taraf ke status Super 1,000 atau dalam kata lain Grand Slam bagi badminton.

“Kami penganjur akan cuba buat yang terbaik kepada peminat untuk mengingatinya sebagai kenangan,” kata Kenny.

Dalam pada itu, Kenny mengesahkan jualan tiket di atas talian cukup laris meskipun harga paling rendah RM40.

ARTIKEL BERKAITAN : Terbuka Malaysia PETRONAS 2023 : Tiket perlawanan mula dijual Isnin

Berstatus Super 1,000, 30 pemain terbaik dunia dalam setiap kategori berkumpul di Kuala Lumpur, merebut gelaran dan met terbanyak untuk memperbaiki ranking dunia.

Menurut Kenny, tiket bagi hari terakhir sudah hampir habis terjual.