SUDAH menjadi lumrah mana-mana jurulatih alami tekanan jika pasukan dibimbingnya tidak berada pada tahap sepatutnya.
Pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt tanpa berselindung mengakui faktor tekanan selepas gagal mengutip sebarang kemenangan di saingan Liga Super musim ini.
“Ini tidak normal khususnya anda bermain di halaman sendiri dan anda kalah selepas beraksi empat perlawanan serta dapat dua mata. Ia tidak bagus.
“Apa pun saya bangga dengan para pemain dan saya berkeyakinan segala pencapaian teruk ini akan berakhir dan kami memandang ke hadapan (perlawanan seterusnya),” katanya selepas perlawanan.
Diminta mengulas pertemuan berikutnya bertemu Sabah di tempat lawan, Yee Fatt menilai pasukan kendaliannya terpaksa berhadapan satu lagi aksi getir.
“Setiap perlawanan di Liga Super tidak mudah khususnya di permulaan awal saingan. Jadi, apa boleh saya katakan kami harap dapatkan kemenangan.
“Kami dah tunjukkan karakter dalam beberapa permainan lalu. Kami berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir.
“Harapnya, akan datang dan belum terlambat lagi untuk kami dapatkan kemenangan pertama,” tegasnya.