PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” tulis hantaran di laman sosial rasmi kelab selatan itu.

Tindakan ini berkemungkinan kerana beliau kini lebih menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran negeri Johor. Namun begitu TMJ masih kekal sebagai pemilik JDT.

Adakah tindakan ini akan memberi kesan kepada persembahan dan perancangan pasukan JDT di dalam dan luar padang. Hanya masa yang akan menentukan.