PEMILIK Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat kapten Farizal Marlias di kediaman pemain itu pada Selasa.

Keprihatinan TMJ  tidak perlu diperkatakan lagi memandangkan beliau begitu mengambil berat dalam apa jua keadaan pemain-pemainnya.

Farizal dimasukkan ke hospital sebelum ini selepas berlaku pelanggaran dengan Shane Lowry ketika aksi Liga Super bertemu Terengganu FC Ahad lalu.

Menurut Facebook rasmi Johor Southern Tigers, TMJ meluangkan masa melawat Farizal dan menghadiahkan sebuah set golf kepada pemain berusia 35 tahun itu.

“Dalam kunjungan tersebut, Baginda turut berbesar hati mengurniakan sebuah set golf kepada Farizal.”

Terdahulu, Tunku Ismail turut melawat Farizal di hospital selepas insiden tersebut berlaku.