PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan berita mengaitkan perpindahan pemain pertahanan tengah berpengalaman Harimau Selatan, Jordi Amat ke kelab Turkiye, Trabzonspor.

Nope” tulis TMJ di ruangan komen page Malaysianfootballeague.

Terdahulu, menurut laporan media Turkiyegazetesi pada Ahad mendakwa kononnya Jordi akan datang ke Turkiye minggu ini untuk menandatangani kontrak.

Jordi, yang hanya bermain untuk JDT sejak 2022, sebelum ini mengalami pengalaman buruk di pelbagai kelab Eropah ketika bersama Espanyol, Rayo Vallecano, Swansea City, Real Betis dan KAS Eupen.

Musim ini, pemain warganegara Indonesia itu tampil cemerlang mengawal benteng pasukan JDT yang hanya merekodkan empat bolos sepanjang 20 penampilan setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Jordi Amat dipanggil sertai kelab Turkiye Trabzonspor ?