TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan mengapa dia memilih untuk melabur dalam bola sepak serta mewujudkan ideologi Keluarga JDT untuk berkongsi kegembiraan dengan rakyat negeri Johor.

Menerusi hantaran di Instastory peribadinya, TMJ menjelaskan yang dia dan JDT adalah satu dan dia sendiri adalah jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi berbanding individu lain yang perlu bergantung kepada kekuatan sesuatu jenama.

“JDT ialah saya & saya adalah JDT dan kedua-duanya milik orang Johor dan keluarga JDT di seluruh dunia

“Kenapa bola sepak? Bola sepak adalah milik orang ramai. Ia boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja anda pergi tanpa mengira bangsa, agama, etnik atau kedudukan sosial. Ia membawa mereka kegembiraan. Terdapat rasa kekitaan dalam sukan ini untuk semua, dan oleh kerana ideologi Keluarga JDT.

“Inilah sebabnya adalah tidak masuk akal untuk membandingkan bola sepak dengan sukan lain, terutamanya sukan individu atau yang dimainkan oleh golongan elit. Polo adalah contoh di mana ia adalah hobi peribadi saya, tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh saya kongsikan kegembiraan dengan orang Johor.

“Bola sepak bukanlah sukan yang membazirkan wang kerana ia adalah satu “HOBI PERIBADI” seperti anda. Wang yang dibelanjakan untuk bola sepak adalah untuk kebanggaan negeri Johor dan kegembiraan semua penyokong kami.

“Itulah sebabnya JDT akan mengadakan beberapa perayaan terbesar apabila kami memenangi kejuaraan liga kerana sambutan itu adalah untuk seluruh negeri Johor dan keluarga JDT.

“Akhir sekali, anda bergantung pada jenama manakala saya tidak perlu… kerana saya adalah Jenama itu,” tulisnya dalam hantaran itu.

TMJ dan JDT baru-baru ini mengumumkan penglibatan dalam sukan permotoran apabila bakal mewujudkan JDT Racing Team yang akan bersaing di Asia Road Racing Championship (ARRC) bermula pada 2024 sebelum meluaskan kuasa ke Kejohanan Superbike Dunia pada masa akan datang.