PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner secara rasminya akan terus kekal membimbing pasukan ini bagi saingan musim 2024/2025.

Tomislav juga cukup berbangga melihatkan apa yang telah pasukannya lakukan pada tahun ini.

Memetik kenyataan rasmi Terengganu FC, ianya menjadi motivasi Steinbruckner untuk menjadikan pasukan ini lebih baik pada musim hadapan.

“Tahun ini adalah tahun pertama baginya, beliau tidak menafikan ianya sukar untuk permulaan dan kadang-kadang keputusan atau tindakan yang dilakukannya adalah baik untuk pasukan dan kadang-kadang tidak.

“Beliau tetap ingin para pemain percaya tentang projek yang beliau ingin laksanakan kerananya baginya, Terengganu bukan sahaja mempunyai barisan pemain tempatan yang baik, tetapi kita juga mempunyai begitu ramai pemain muda yang sangat berpontensi dan sentiasa bersedia untuk dinaikkan bersama skuad utama.

“Diharapkan tahun 2024 bakal menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun ini! ,” menurut kenyataan itu.

May be an image of 3 people, people playing football and text

𝐑𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐨𝐦𝐢𝐬𝐥𝐚𝐯 𝐒𝐭𝐞𝐢𝐧𝐛𝐫𝐮𝐜𝐤𝐧𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐅𝐂 :

Liga Super : Tempat Ke-6
Piala FA : Separuh Akhir
Piala Malaysia : Naib Juara
AFC Cup : Tempat Ke-2 Peringkat Kumpulan