KEDAH Darul Aman KDA (FC) ‘rancak’ dalam menyusun skuad mantap menghadapi baki saingan Liga Super musim ini termasuk kejohanan Piala AFC 2022 di Denpasar, Bali.

Menerusi perkongsian Facebook Kedah Darul Aman FC, seorang lagi pemain import baharu, Mahmoud Al-Mardi berjaya didatangkan khas dari Jordan.

Aksi sulungnya dijangka dapat disaksikan peminat Sang Kenari seawal kejohanan Piala AFC yang bermula pada 24 Jun ini.

“Mula melaporkan diri bersama pasukan hari ini (semalam), sejurus tiba dari Jordan, Mahmoud akan turut bersama pasukan ke Bali esok (hari ini).

“Sebelum ini Mahmoud pernah beraksi bersama Al-Muharraq menjuarai Piala AFC 2021 di mana Mahmoud menjaringkan gol pembukaan perlawanan tersebut.

“Berjuanglah sejiwa murni Mahmoud!,” kata kenyataan itu.

Pemain tengah berusia 28 tahun ini merupakan tonggak kebangsaan Jordan sejak 2014 dan baru-baru ini turut membantu pasukan Jordan layak ke Piala Asia 2023.

Dia akan memakai jersi bernombor 10 musim ini bersama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

BIODATA PEMAIN

Nama penuh: Mahmoud Nayef Ahmad Mardi
Umur: 28 tahun
Tempat lahir: Aqaba, Jordan
Ketinggian: 180cm
Posisi: Pemain Tengah

Kerjaya Bolasepak
2013–2014 Ittihad Al-Zarqa
2014 Al-Sheikh Hussein
2014–2015 Ittihad Al-Ramtha
2015–2017 Al-Ahli
2017 Al-Arabi
2017–2018 Al-Faisaly
2018–2020 Al-Jazeera
2021 Al-Muharraq
2022- Salavan Real Estage