SUSULAN tragedi di Kanjuruhan, bendera negara anggota FIFA dikibar separuh tiang di ibu pejabat badan induk bola sepak dunia itu.
Melihatkan kibaran bendera separuh tiang sahaja, sudah cukup meruntun hati, apa lagi kesedihan yang menimpa keluarga yang kehilangan anak, bapa, suami mahupun isteri.
Presiden FIFA, Gianni Infantino dalam satu kenyataan berkata, dunia masih terkejut dengan insiden yang berlaku di Indonesia selepas perlawanan Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.
“Ini adalah hari gelap untuk semua yang terlibat dalam bola sepak dan tragedy yang tidak dapat difahami. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang kehilangan nyawa akibat insiden tragis ini,” kata Gianni.