POLIS berjaya memberkas seorang individu lelaki untuk membantu siasatan mengenai insiden simbah asid terhadap pemain bola sepak negara, Faisal Abdul Halim pada Ahad.

Kejadian buruk yang berlaku di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya telah menjadi satu isu besar dalam keluarga bola sepak Malaysia, dan berharap agar pelaku dapat hukuman yang setimpal daripada perbuatan keji tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kepada FLASH SUKAN bahawa seorang suspek dalam lingkungan 20-an itu ditahan di kawasan Pandan Indah, Ampang.

Faisal Halim yang melecur di bahagian badan akibat simbahan asid.

“Setakat ini, siasatan polis masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.

“Pihak polis juga telah merakam keterangan daripada tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya pada Isnin.

Tambah Hussein, beberapa saksi yang masih bebas juga akan dipanggil hari ini untuk membantu siasatan berjalan dengan lancar.

Faisal kini dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi mendapatkan rawatan yang terbaik, dan harap dirinya dapat kembali bersemangat selepas pulih sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: Polis terima maklumat orang awam, kondisi Faisal Halim stabil