THOMAS Tuchel dan Antonio Conte dihukum FA Englad kerana berkelahi dalam perlawanan yang menyaksikan Tottenham berjaya menyamakan kedudukan di kubu Chelsea, Stamford Bridge.
Kedua-dua jurulatih itu turut dilayangkan kad merah gara-gara berselisih faham semasa bersalaman selepas permainan.
Di pertengahan babak, Tuchel menunjukan reaksi ‘keras’ ketika Conte meraikan gol penyamaan pertama Spurs di depan bangku simpanan Chelsea.
Tuchel kembali melakukan hal sama, berlari di pinggir padang ketika Reece James meletakkan Chelsea di depan dan nampak akan meraih tiga mata untuk tuan rumah.
Namun tandukan minit ke-96 dari Harry Kane memastikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri.
TUCHEL VS CONTE: ROUND TWO!!! 🤬🤬 pic.twitter.com/XhWuOU4fwD
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 14, 2022
Mengapa FA menghukum Tuchel dan Conte?
“Thomas Tuchel dan Antonio Conte sama-sama didakwa melanggar Peraturan E3 FA, selepas pertandingan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea FC dan Tottenham Hotspur FC pada 14 Ogos 2022.
“Kelakuan kedua pengurus itu berlaku di akhir pertandingan. Thomas Tuchel dan Antonio Conte miliki masa sehingga Khamis 18 Ogos 2022 untuk memberi respon,” tulis FA dalam satu kenyataan.
Pelanggaran Peraturan E3 FA terjadi ketika individu mencemar reputasi pertandingan. Ini merangkumi komen pasca-perlawanan kepada media yang mengimplikasikan adanya berat sebelah dan/atau serangan terhadap integriti pegawai pertandingan.
Apa kata Tuchel kepada tindakan pengadil Anthony Taylor?
Tuchel selepas pasca-perlawanan mendedahkan kecewa terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh Anthony Taylor dan petugas VAR, Mike Dean.
Bos Chelsea itu mendakwa Kai Havertz diasak oleh Rodrigo Bentancur semasa proses berlakunya gol pertama Spurs.
Selain itu, rambut Marc Cucurella ditarik oleh Cristian Romero sebelum Kane menyamakan kedudukan.
The delivery 📬
The finish 🌟
The celebrations 🙌 pic.twitter.com/47RY1lSJTe
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 14, 2022
“Pada saya bukan hanya penyokong yang berasa begitu. Dapat saya pastikan seluruh pemain simpanan, setiap orang, berasa demikian,” jawab Tuchel ketika ditanya wajarkah Taylor dilarang mengadili aksi Chelsea selepas ini.
“Saya tak faham bagaimana gol pertama (Spurs) tidak offside dan saya tidak faham.
Sehinga kini, belum jelas adakah Tuchel juga akan dikenakan hukuman tambahan atas komen itu.