BOS Manchester United, Erik ten Hag mahu pemainya memberikan tumpuan penuh memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan bukannya memikirkan mengenai akan sepasukannya, Mason Greenwood selepas semua tuduhan jenayah terhadapnya digugurkan.

Greenwood  ditahan pada Januari 2022 di tengah-tengah dakwaan mengenai imej serta video dan dibebaskan dari segala pertuduhan pada Khamis selepas saksi utama menarik balik penglibatan mereka.

Dia kemudiannya didakwa dengan cubaan merogol, mengawal dan tingkah laku paksaan serta serangan yang menyebabkan kecederaan tubuh.

Greenwood dibebaskan dari segala tuduhan ke atas dirinya sebelum ini.

Dalam beberapa jam selepas dakwaan itu muncul pada awal 2022, penyerang itu, yang telah membuat satu penampilan untuk England, telah digantung daripada bermain atau berlatih dengan kelab Old Trafford itu.

“Kami sentiasa memberi tumpuan kepada permainan, tidak kira apa pun.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenainya, saya merujuk kepada kenyataan kelab dan, pada masa ini, saya tidak boleh menambah apa-apa.

“Kami adalah manusia dan kadang-kadang ada isu. Kami bukan seperti robot, tetapi kami perlu fokus pada kerja kami.

“Kadangkala anda mendapat masalah, kemudian sebagai sebuah kelab dan pasukan anda perlu menanganinya.

“Kami mempunyai piawaian dan nilai dan kami perlu hidup mengikut piawaian dan nilai yang tinggi itu, dan itu memberi asas jika anda mempunyai budaya dan semangat yang baik,” ujar Ten Hag.

Man United ketika ini berada dikedudukan keempat, mengumpul 39 mata hasil 12 kemenangan, 3 seri dan 5 kekalahan selepas 20 perlawanan.

Anak didik Ten Hag dibezakan 11 mata dengan pendahulu EPL ketika ini Arsenal yang masih memiliki baki satu perlawanan berbanding Man United.