BEKAS penjaga gol, Real Madrid, Iker Casillas telah memadam satu ‘tweet ‘ di laman Twitternya yang mengatakan dia adalah seorang ‘gay’.
Keadaan tersebut menjadi tular selepas tweet tersebut dikatakan berlangsung selama sejam sebelum dijelaskan bekas penjaga gol Sepanyol itu bahawa akaunnya telah digodam.
“Saya harap awak hormati saya. Saya sebenarnya gay,” menerusi hantaran di laman Twitternya yang digodam scammer.
Tweet tersebut pantas dibalas rakannya, Carles Puyol dengan turut berseloroh mengiyakan perbuatan Casillas.
Cuenta hackeada. Por suerte todo en orden. Disculpas a todos mis followers. Y por supuesto, más disculpas a la comunidad LGTB. 🙏
— Iker Casillas (@IkerCasillas) October 9, 2022
“Ya, sudah tiba masanya, kita jelaskan perkara ini,” kata bekas pertahanan kebal Sepanyol itu.
Sejam selepas tweet berkenaan, Iker tampil memohon maaf kepada pengikutnya kerana telah akaunnya telah digodam hacker dan kini segalanya telah kembali pulih seperti sediakala.
“Minta maaf kepada semua pengikut saya. Akaun saya telah digodam. Segalanya pulih seperti sediakala. Saya turut menghormati golongan LGBT dan kesal atas tindakan tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, perkahwinan Casillas bersama Sara Carbonero dikurniakan dua cahaya mata namun ianya baru sahaja terlerai pada Mac lalu.
Untuk rekod, Casillas menyertai kelab terkemuka, Real Madrid seawal umur 9 tahun dan berjaya mendakap beberapa gelaran bersama kelab tersebut di Liga Juara-Juara manakala turut meraih kejayaan merangkul Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol.
Malangnya, kariernya terhenti apabila disahkan menghidap serangan jantung semasa sesi latihan pada tahun 2019 sekaligus menamatkan perjalanan penuh bermaknanya dalam bola sepak dunia.