USAHA pemain perseorangan utama negara, Ng Tze Yong untuk menang pada pusingan pertama dalam Kejuaraan Terbuka Indonesia 2023 tidak membuahkan hasil.

Tze Yong mengakui antara punca kekalahan apabila ketinggalan 7-21 dengan pemain China, Shi Yu Qi di set pertama.

“Saya dapat rasa pada rubber set itu bukan senang apabila ketinggalan jauh sangat ketika itu.

“Pada rubber set juga saya tak dapat kawal untuk mendapatkan mata dan merasa agak gementar,” katanya.

Susulan kekalahan tersebut, dia juga menekankan akan mengadakan perbincangan yang lebih dengan jurulatihnya, Tey Seu Bock dan Hendrawan.

Ng Tze Yong pada awalnya berjaya mendapatkan 7 mata di set pertama, namun berjaya dipintas oleh Shin Yu Qi dan kekal mendahului 21-7.

Tze Yong yang tewas pada set pertama, bangkit dengan permainan lebih bertenaga, dan berjaya mengejutkan Yu Qi apabila mencapai kemenangan 21-17, sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan Tze Yong terpaksa akur dengan kepantasan  pihak lawannya yang pantas mendahului dan mengekalkan kedudukan 13-21.