PEMAIN perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong mencipta kejutan selepas menewaskan bekas pemain nombor dua dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan, 21-15, 21-19.
Pemain nombor 20 dunia itu mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong pada Rabu.
Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong, 23, menyamai rekod head-to-head kepada 2-2 menentang pemain Taiwan itu.
RESULTS: #HongKongOpen2023
R32#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong def. #TPE Chou Tien Chen(7) 21-15 21-19
📷 @badmintonphoto
#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/oyJd61gwhG— BAM (@BA_Malaysia) September 13, 2023
“Ia bagus untuk keyakinan saya, ia meyakinkan saya bahawa saya berada di landasan yang betul, dari segi latihan. Tetapi saya masih banyak yang perlu diperbaiki.
“Saya hanya mahu konsisten dalam setiap perlawanan,” kata Tze Yong dalam temu bual selepas perlawanan dengan BWF.
Tze Yong akan menentang Kanta Tsuneyama dari Jepun untuk tempat ke suku akhir.